tadi aku ada baca 1 blog member yg merantau jauh.
isi salah satu post nya mungkin memberi jawapan
atas persoalan yang telah lama dlm benakku ini.
adakah aku tak sebagus orang lain.
meskipun kami asalnya berada bahu ke bahu.
kami sama.
peluang yang kami milikki tak sedikitpun berat sebelah.
aku dia dan dia dia yang lainnya dapat
peluang yang sama.
cuma
kemahuan aku untuk merebut peluang itu
tak sekuat mereka yang lainnya.
aku khilaf waktu itu
aku kurang bersyukur dan berterima kasih
atas setiap bahagian kecil nikmat yang Tuhan hadiahkan untukku.
Tidak seperti mereka.
kenapa jadi begini.
hidupku bagaikan dikaburi oleh
'keperibadian ganda'
sejenis 'penyakit' yang mugkin aku alami
tanpa aku benar-benar
sadar akan itu.
tapi Tuhan itu tak pernah tidur.
Dia sentiasa memberiku peluang lagi
meskipun aku telah banyak kali mensia-siakan peluang-peluang sebelumnya.
adakah Tuhan 'faham' akan 'penyakitku' ini
yang sukar untuk aku menghindar.
tapi persoalan itu kurang wajar sebenarnya untuk aku ajukan
kerana Tuhan Maha tahu semuanya.
aku pernah diberi amaran suatu ketika dulu.
nyawaku menjadi pertaruhannya.
namun ajalku belum tiba.
buah tembikai susu itu juga makhluk Tuhan.
dia tak akan bertindak lebih daripada apa yang Tuhan arahkan
untuknya lakukan.
kelegaanku mendatangkan keinsafan sementara untukku.
kemudian aku kembali
kepada pengaruh 'penyakitku' ini
aku jelas
seperti layang-layang
yang talinya tak dipegang kemas.
kekadang tali itu terlepas
dan aku
melayang entah ke mana.
ntah adakah siapa yang benar-benar kenal diriku ini
sebenarnya siapa.
aku jamin tiada sorang pun tahu;
kecuali Tuhan.
kerana 'penyakit'
'keperibadian ganda'ku ini
telah mengaburi semua orang.
amat salahlah kalian
jika kalian mengatakan aku ini A orangnya.
kerana dari satu sudut orang lain akan kata
aku ini B orangnya.
C , D , E dan seterusnya.
jika aku ini dilihat sebaik-baik luaran
nescaya aku ini ada tersimpan
sekejam-kejam niat yang tersimpan di dalam.
begitu juga sebaliknya.
adakah aku ini terlalu hiperbola?
tak usah risau.
aku juga makhluk Allah.
setiap sel dalam badan aku tahu
hanya Allah Tuhan yang Esa.
setiap dosa dan kesalahan yang berlaku
pastinya kekesalan yang datang selepas itu
serta-merta
tanpa dipaksakan.
meskipun lama selepas itu
aku tak berani jamin aku akan terus kesal.
aku harap Tuhan memahami
dan meringankan hukuman ke atasku...
Ya Allah ampunilah dosa-dosaku
terutama dosa-dosa besar
yang di luar kawalanku.
Amin...
0 comments:
Post a Comment